Tuesday, January 16, 2018

Tuhan memandang ke bawah

Sedang kita-kita bernostalgia tentang perubahan zaman, merasa diri tidak sempat beradaptasi dengan baik di samping meratap hiba akan sesuatu yang bernama tua, bilamana yang kecil pun sudah mula meninggi fizikalnya, kita dikejutkan pula pada malam hari dengan berita tak sedap.

Pada jam-jam terakhir 2017, kita menerima sebaris ayat, menyebut dua nama yang meninggal, seorang parah. Kita tidak mencubit-cubit pipi kerana kita sedar yang semua ini benar,tidak perlu berdrama.

Pagi tahun 2018, dua jenazah kecil dikafankan. Suasana sibuk dan penuh,tetapi tenang. Sehingga kita blok fikiran kita tentang seorang lagi yang masih bertarung nyawa.

12 Jan 2018, sekitar 3.30 pagi. FB newsfeed dengan gambar hitam putih belasungkawa membuatkan jantung kita tersentak lagi. Dan bait-bait ayat mengesahkan, arwah tidak mampu bertahan dek parahnya luka. Bertali arus wajah tersenyum arwah di tag rakan2 yang merindui, memaksa aku menutup FB.
Tiga anakanda pergi mendahului kami semua. Mengusik memori ketika kita terlupa bahawa mereka sudah tiada. Iya, perubahan itu menyakitkan.


No comments: