Wednesday, January 24, 2018

Himpunan kisah-kisah buruk tiada teladan

Dalam postingnya di FB, A mengatakan aku terlalu merimaskan. Segala kejelekan aku dihurai sepanjang kurang lebih lima perenggan, termasuk ucapan penutup di perenggan ke-6 yang terkandung dua ayat yg ada perkataan 'garang'.

Aku juga melihat komen-komen yang ditinggalkan dari ex-schoolmate A ketika bersekolah di Klang dahulu. Tapi mereka tidak kenal aku, sekadar berkomen secara umum.

Melihat dan membaca luahan hati dari seorang yang aku rindukan, posting sebegitu membuat perasaan aku berbaur. Beberapa jam mood aku hancur mengenangkan betapa semua ini diluar kawalan aku. Taktaulah macamana aku nak betulkan balik semua ni.

Sedar sahaja dari tidur, aku tahu mimpi pun dah pandai main FB.




No comments: