Tuesday, March 7, 2017

Sekerat dulu.

Cuba la bertenggek di fb barang sejam dua. Kau pasti tersenyum sinis dengan keriuhan yang ada di sana.

Ini bukan soal kau boleh hide atau unfollow post-post yang mengganggu mata,itu memang aku dah buat secara berkala. Kahkah. 

Perihal masing-masing yang mahu post nya di viral, dikongsi di page siakapbabi mahupun ohpluto. Yang setahun jagung berkahwin pun turut menyelit, supaya ramai tahu betapa barokah nya perkahwinan mereka yang serba ringkas tanpa hantaran. Hanya kerana kamu buat ringkas,mengapa orang lain perlu berbuat seperti kamu juga?

Kata kuncinya jangan membazir dan melebih-lebih. Keperluan kau dan keperluan orang lain takkan pernah sama. Biarlah kalau ada orang mahu majlis nya jadi begini dan begitu. 

Jenis nak bertanding siapa lagi sikit berhabis duit ni sejenis riak jugak pada aku. Tak kiralah dari segi apa.

Ni aku judge kau berdasarkan olahan cerita kau.  Ok, mungkin ada sedikit unsur sensasi sebab kau buat majlis asal jadi, so adalah jugak bahan nak diberitakan. 

Sambung. 


 







Sunday, March 5, 2017

Percubaan

Saya sedang mengusahakan satu projek peribadi yang tidak begitu menyenangkan jiwa. Saya perlu memulakan langkah kecil ini, walaupun ianya satu jalan yang penuh sunyi dan membebankan.

Setiap hari jantung saya berdegup dengan denyutan pantas yang mendebarkan. Berhadapan dengan titik paling lemah yang sering saya elakkan, saya mahu menjadi diri yang baru. Berkali-kali saya pujuk diri, bila semangat terasa seperti tercampak keluar dari jasad.

Kelumpuhan emosi yang dialami terasa begitu asli, seakan datang menyiat tubuh saya bermula dari kaki. Semuanya tidak menjadi, saya masih mencari rentak. Sehingga saya temukan rentak itu, saya akan terus memerah usaha dan takkan putus asa.

Delusi telah menggambarkan bahawa saya akan terus mara. Lantai pasti akan jadi lebih rata. 




Tuesday, December 20, 2016

Bodoh sebodoh-bodohnya

Pernah tak kau rasa kau tak berada dalam timeline yang betul untuk banyak perkara. 

Samada kau terlalu cepat, maka tiada lagi jalan-jalan untuk kau teroka. 
Atau kau terlalu lambat, maka kau rugi atas kertas janji.

Perlukah kau menanti, atau kau patut tukar arah tali. 

Bila kau tergesa-gesa, tempoh urusan kau seakan panjang untuk selesai,malah kau akan kecewa bila dilayan seakan-akan projek terbengkalai. Bila kau terlalu bersahaja, kau akan rasa bersalah kerana tidak menjadi yang paling awal mencuba. 

Begitu juga dengan permintaan yang didiamkan atau ditongsampahkan.