Saturday, December 9, 2017

Azam aku,mahu bagi lagi dan lagi.

Dalam debar aku drive kereta ke majlis ex-classmate aku. Aku kenal dua² pengantin, so kalau aku tak datang mesti kejam sangat jadinya.

Rezeki pengantin lah,sebab hari ni hujan tak lebat,air tak bertakung kat jalan raya.

Kenapa aku usahakan juga untuk pergi. Pertama, sebab aku diajak secara rasmi. Dengan berbesar hati aku pergi dan aku ingin gembirakan pengantin.

Kedua, pengantin lelaki antara orang yang tak lokek menolong aku dan aku memang berazam untuk bagi komitmen dalam bersahabat. Sebagai contoh, datang ke kenduri.

Sambil berborak, perasaan sayu menyerap saraf apabila dia kata gaji selalu sangkut. Bos lambat bayar. Aku tak nak mood happy jadi mendung walaupun dalam hati aku dah menangis.


No comments: