Tuesday, August 14, 2018

Perasaan ini benar-benar membunuh

Pagi ini aku lumpuh. Sambung tidur sehingga 8.25 pagi dan aku tetap benci dengan perasaan ini. Bangun juga untuk meneruskan rutin, melihat cermin dan berharap aku memiliki kulit yang licin, bercahaya dan cerah.

Walaupun dada aku penuh sesak, juga membenci tona kulit yang jelas menggambarkan kehidupan yang kelabu.

Aku somehow, benci dengan manusia 'korporat', di dalam jiwa dan pikirannya hanya peluang-peluang. Melihat sahabat handai dan manusia sebagai prospek, bukan lagi untuk berhubung bersilaturrahim. Tiada yang salah dalam berniaga sesama, cuma seni berkawan itu sudah hilang.Setiap pertemuan ialah peluang untuk wang dibiakkan. Berniagalah untuk berkongsi sesuatu yang baik, atau sekurang-kurangnya kau rasakan apa yang kau canangkan itu berbaloi untuk mereka. Hentikan bullshit ini.

Sudahkah aku nyatakan kebencian aku kepada pembeli datukship atau dengan kata lain, seorang datuk palsu. Tidak, aku tidak benci boy Iman (kerana dia kelihatan bodoh takkan kau boleh terpedaya), tapi aku meluat yang amat dengan datuk yang kelihatan legit tapi sebenarnya pembelit.

No comments: