Thursday, December 7, 2017

Orang Kelantan dan perkahwinan ketika musim bah kerana waktu itu cuti panjang

Perselisihan zaman menyelamatkan aku dari satu ancaman iaitu menunjuk-nunjuk apabila berkahwin,lebih-lebih lagi ketika masih belajar subjek Calculus Part I,Statics dan Introduction to Electric & Electrical.

Kerana dalam dunia aku pada waktu itu, berkahwin dengan lelaki yg masih belajar dan tidak bekerja sepenuh masa bukanlah satu perkahwinan ideal.

Perkahwinan sebegitu langsung tak nampak sweet pada mata aku,melainkan aku terbayangkan beban berganda kepada orang tua, keperluan asas yang bercatu dan suami tidak dapat memenuhi apa yang isteri mahu kerana belum mampu.

Yalah aku tahu kahwin muda ni bukan baru-baru ni je viral, dah lama dah orang buat. Cuma circa 2010-2014 ni menjadi-jadi pulak seolah-olah sweet dan Islami sangat kahwin masa belajar walaupun minta mak ayah tampung keperluan asas.

Namun, aku lihat trend kembali seimbang bila banyak page2 confession rumahtangga yang meluahkan kepincangan hubungan mereka. Jadi kurang sikit lah perempuan poyo yang mahu riak dalam iman sebab jodoh awal atau acah-acah takde hantaran.

Sebenarnya, perempuan kau boleh pilih umur berapa kau nak kahwin. Nak kahwin lepas spm boleh, nak kahwin lepas bersara (sebagai pramugari) pon boleh. Kau tengok ajelah plan Allah untuk kau.

Perempuan tak boleh pikir banyak-banyak, runsing lebih-lebih dan berimaginasi yang buruk-buruk. Paling penting, jaga kesihatan jasad dan rohani. Makan makanan yang sedap dan berkhasiat. Tidur banyak2. Mekap cantik2.


1 comment: