Monday, November 20, 2017

Hidup segan-segan,mati takut.

Aku dengar-dengar cerita Fazura sudah menikah Fattah. Aku puas hati atas satu sebab peribadi. Satu isu negara sudah selesai, dua jiwa yang pernah terdera sudah dipulihkan.

Plan dua dalam satu aku telah gagal. Aku keciciran kedua-duanya,tapi tidaklah secara mutlak. Aku ada plan lain,bukanlah plan sangat,lebih kepada menyusur arus.

Sekarang aku guna hotspot dari handphone aku yang meragam. Mati-mati aku ingatkan bateri yang jadi punca, tapi dah tukar bateri pon tak masuk juga bila cas. Kena lah ulang lagi ke kedai,buat checkup handphone.

Sampai sekarang dan sampai bila-bila, aku takkan boleh menulis dengan jujur tahap takde penapis. Kerana bila terlepas dari hati, aku tidak lagi boleh kawal apa yang terjadi. Apa yang ditulis akan dibawa mulut ke mulut.

Tentang Erin Malek yang dikatakan punyai hutang majlis menikah. Walaupun aku hindari memfollow hidup orang,kerana aku bimbang akan merasa down,tapi aku tahulah sikit-sikit. Pengajaran dari kisah Erin juga sesuai untuk aku secara peribadi.




No comments: