Sunday, October 8, 2017

Bila saya menulis maknanya saya tidak ok (dan punya sedikit masa untuk bertafakur dan tidur)

Selang dua minggu,kalaupun tidak setiap hari, kita menerima hakikat kematian insan-insan yang baya-baya mak kita.

Mereka ini (kerana kawan mak ramai yang tunggang motor sendiri), akan menggendong mak saya ke mana-mana saja event penting. Bila tersebar ada kawan di kampung sebelah sedang musibah, mati atau mau berangkat ke haji, pasti kawan-kawan yang di sini meluangkan masa menziarah bertanya khabar.

Tidak seperti perumahan di bandar, yang mana kebanyakan penghuninya bertukar-tukar kerana itu rumah sewa, rumah-rumah di kampung didiami secara kekal oleh generasi keluarga tersebut. Apabila satu per satu dari jiran-jiran kami meninggal, maka suasana kampung juga turut bertukar.

Ada rasa kosong untuk ditelan oleh kita yang masih hidup. Suasana kampung yang aman,tetapi sunyi.

Kami pergi batch by batch. Jika tiada takdir anak muda yang potong queue meninggal awal kerana sakit kronik dan kecelakaan jalanraya, begitulah patternnya, yakni yang tua akan beransur-ansur mengambil tempat.

Begitu juga di timeline fb, kita lihat banyak kematian melibatkan orang dekat (melalui penulisannya). Kalaupun bukan penulis blog itu sendiri yang meninggal, kita tetap rasa terpukul dengan kehilangan ayahanda ataupun bondanya.


No comments: