Wednesday, November 22, 2017

Melawan tabiat bertangguh yg selalu menanti waktu perfect, suhu panas, dan sunburn.

Ponsel saya dah OK lah sikit. Walaupun tak seelok sedia kala.

Muka saya sunburn teruk. Kasar dan kusam.

Saya berjauh hati dengan beberapa orang yang rapat dalam hidup saya. Mahu protes tetapi saya bimbang akan bertindak melampaui batas. Tetapi ya,saya berada dalam persimpangan yang sangat sukar sehingga saya menjeruk rasa, menyimpan api dendam yang sesekali terpercik kerana saya kecewa.

Bilakah hujan akan berakhir. Ya Allah, ku mohon jangan banjir. Saya menyukai hujan,tetapi saya takmau banjir. Serba tak kena, jika panas terik saya stress, jika hujan terus menerus saya murung.

Maka fazura belum menikah, tapi bertunang. Sekurang-kurangnya bukan gimik filem atau drama,yang tu memang tahap rendah IQ. Tak malu ke jadi pemuja manusia,tanya saya (dalam hati) kepada pentaksub2 yang sanggup meletakkan diri di bawah tapak kaki manusia lain.

Kamu pernah dengar seorang yang bernama Asiah Abdul Jalil?

No comments: