Wednesday, February 20, 2013

Melankoli

Walaupun aku teruja sangat untuk teruskan dengan Projek A,tapi bentuknya yang menelan duit adakala buat aku terduduk.
Picture: Edvard Munch: The Frieze of Life.

Setelah dipikir-pikir,inilah yang aku nak pon,jadi aku kena hadap jugak kerana batas kondisi membawa aku ke pilihan ini.Aku menerima pakej ganjaran dan risiko ini demi membeli gembira.Aku akan berpura-pura tabah kalaupun hati aku remuk.

Tadi aku termimpi anak buah aku kat Dublin tapi tak ingatlah apa yang kami buat.Rasa dekat sangat dengan dia masa tu.Tersedar je rasa sedih.

Sebelah petang terserempak dengan Yun dan aku akui rasa sedikit tidak senang.Yun mengingatkan sisi lemah aku;sakit,sedih dan kalah.Tapi aku tahu Yun ialah seorang yang kental hati walau bermacam perkara buruk yang dilaluinya.

Dua tiga hari kebelakangan ini aku berat hati untuk melalui hari-hariku apatah lagi melihat keadaan ibu yang semakin lanjut usia.Suatu perasaan yang sangat membunuh lebih-lebih lagi bagi orang yang pernah melalui sejarah pahit seperti aku.

Aku mengagumi orang yang tak pernah menyedari kewujudan aku,membenci orang yang tak pernah aku jumpa secara nyata (salahkan sensor pengukur kegedikan yang terlebih sensitif) dan merindu orang yang mungkin tak ingat pon nama aku.

No comments: