Monday, February 18, 2013

Mimpi yang kesampaian

Aku tidak hairan mengapa ada orang bertarung dengan depresi walau pada hening pagi seawal 4 pagi.

Sebab aku melaluinya.Sungguhpun aku sudah lelapkan mata tetapi aku tetap merasa sesak dada bila terjaga.

Waktu-waktu macam ni fitrahnya tenang.Sesuatu yang tak kena jika aku merasa tak keruan.

Dalam kes aku,kerana berperang dengan jin dan setan.Menambah buruk bila sebelumnya aku berkerja terlalu kuat sehingga seluruh tulang-belulang ku merasa kejang.

Sindrom orgi buat aku hilang nikmat keceriaan.Yang ada ialah sebuah perasaan yang benar-benar hambar membungkam.

Aku perlu rehat tidak kira siang atau malam,untuk aku bangkit semula dengan perasaan damai.Beban yang ditanggar terlihat besar bila aku terpasung dengan kekangan,menjadikan hati ku sayu ketakutan.

Tubuh aku menggeletar,memori aku membimbangkan.



No comments: