Monday, February 18, 2013

Bukan senang nak jadi proaktif sentiasa,kadang2 aku letih juga

Aku tak pandai merungut,apatah lagi benda yang kecil-kecil.Maafkan ajelah kalau benda tu tak libatkan hidup dan matiku.Dengan berbuat begitu aku sebenarnya menjaga hati sendiri daripada terlalu dibebani dengan benda-benda yang aku tak mahu.

Sekiranya kamu nampak blog ini dikemaskini,maka keadaan aku adalah terkawal.Ramai yang kata luah kat blog boleh hilang stress,tapi aku adalah sebaliknya.Kalau terlampau tertekan aku tak mampu nak menaip apa pon.Begitu lah tahap kepanikan aku.

Aku terbiasa dengan situasi membaiki keadaan walaupun hasilnya tak seperti yang kita bayangkan.Selalunya ia membawa ke arah destinasi berbeza.Dan akhirnya aku tahu ada hikmah yang boleh diladeni dari berterusan menyesali takdir.Langkah yang kita ambil boleh jadi silap,tapi kita tiada ilmu untuk mengkelaskan mana takdir yang salah atau mana takdir yang betul untuk kita.

Suatu 'dosa' besar aku ialah aku cepat lumpuh kalau aku takde kudrat untuk melakukan sesuatu.Tak kisah sebanyak mana faktor luar yang cuba tolak aku,keadaan takkan jadi lebih baik.Orang boleh kata,keinginan mesti kuat baru kau boleh maju.

Aku pernah push diri aku,pukul dua pagi balik ke tempat aku sorang-sorang,tinggal di blok yang takde sape pon masa tu sebab semua orang cuti,berjaga tiap-tiap malam,semualah aku sanggup buat asalkan tugas aku selesai.Aku tak kisah berkorban keselesaan hidup dan aku akan menongkah selagi terdaya tetapi keadaan tidak memihak kepada aku,aku hilang segala sumber yang boleh membantu aku untuk terus bertahan (sampai sekarang aku rasa sedikit misteri sebab aku taktahu kenapa dan bagaimana semua ni berlaku) sehinggalah  aku jatuh sakit berkali-kali ganda teruknya.

Ketika itupun aku belum mengalah,aku ingat bagaimana aku terbaring di atas lantai sejuk dalam keadaan teruk sambil aku ulang-ulang ayat Kursi entah berapa kali.Aku ingat bagaimana seorang gadis baik telah menghulurkan sebotol minyak angin kerana keadaan aku macam orang migrain pada pandangannya dan aku tak kuasa nak jelaskan.Tiada siapa yang patut rasai apa yang aku rasa waktu tu kerana ia keadaan yang tidak menyeronokkan.

Dan paling aku gusari ialah apabila 'roh' aku tidak dapat menikmati bagaimana manisnya mendekati Tuhan.Ketika inilah aku seperti berada di cenuram,bersendirian mengenang keterbatasan upaya;kalaupun tidak jatuh aku tetap tak gembira.

Hidup aku mengikut segmen demi segmen.Kalaulah ia sesuatu yang bersambung,sudah lama aku mati.

No comments: