Thursday, February 14, 2013

Astakhii rukallah,berikan aku kebaikan

Aku manusia yang sering berdilema dan sering keliru.Kadang-kadang aku bergerak terlalu laju sehingga aku kehilangan kawalan,kadang-kadang aku bergerak mengalahkan siput sedut yang sudah dipenyet orang.

Aku percaya kepada kekuatan istikharah.Sungguhpun dengan menulis sebegitu menjadikan aku seorang hipokrit kerana aku belum merutinkan solat istikharah setiap hari.

Kehidupan ialah tentang membuat keputusan demi keputusan.Aku perlukan masa untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum aku membuat timbang tara.Aku tak mahu berjalan dalam gelap,tiada tempat berpijak,tiada tempat berpaut.




No comments: