Wednesday, February 13, 2013

Iamdispensable

Setiap detik aku struggle untuk menyerah diri kepada Tuhan.Kadang-kadang torehan hati yang aku rasa begitu dalam sehingga aku merasakan seperti potensi kebaikan yang ada pada diri aku disentap keluar.

I feel dead.

Semestinya bukan sesuatu yang bagus,aku tahu.Adakala aku minta diberi dunia yang baru,sebuah dunia yang  menghargai aku.Mungkin menghargai itu perkataan yang terlalu besar dan aku tidak memaksudkan penghargaan dalam ertikata yang sebenar.Ya,aku boleh terima sesuatu yang kurang daripada itu cuma aku keterbatasan perbendaharaan kata.

Ada ketikanya pula aku mohon di kelilingi manusia yang sentiasa redha dengan Allah sebagai inspirasi untuk aku berterusan mengikhlaskan diri menerima ketentuanNya.Orang yang terlalu negatif dan berlebih-lebihan dalam menghukum bagaikan virus yang boleh mematikan jiwa manusia yang paling optimis sekalipun.

I certainly couldn't walk in your shoes,hence I don't expect you to walk in mine.Just don't suffocate me whenever you feel insecure with yourself.

Aku benar-benar tidak gemar menulis sesuatu se-pesimis ini dan aku tidak mahu kamu kenal aku dengan sisi ini.

Aku juga tidak begitu kesal dengan tindakan orang lain terhadap aku,bukan itu yang aku bimbangkan. Semenjak aku ditimpa pengalaman yang ekstrim beberapa tahun dahulu aku belajar untuk tidak mengharap lebih dari sesama hamba.Aku ambil apa yang aku layak terima,segala kekurangan,celaan mahupun hinaan dan selebihnya aku serahkan kepada Allah.Aku berlindung kepada Yang Maha Menguasai dari kekuasaan makhlukNya terhadapku.

Aku cuma mahukan ketenangan untuk terus berbuat baik,diberi semangat ketika aku rasa tiada kemanisan dalam hidup dan berjumpa dengan insan-insan yang ikhlas menemani perjalanan aku di dunia ini.

I do feel awkward to beg like this since I don't add value to anyone's life,but I can sure You that I'll keep learning and trying.



No comments: