Friday, June 8, 2012

dan biliknya lebih wangi

Nikmat akan jadi nikmat apabila ada ketika diperlukan.

Seperti minyak angin cap kapak yang saya guna ketika seluruh urat-urat betis dan perut dan otak mula mengembang dan memberi rasa nyeri pada seluruh anggota tubuh.

Saya selalu mengharapkan tempoh-tempoh murung ini tidak memakan masa yang lama untuk hilang,kerana untuk menghindarinya secara total ialah sesuatu yang mustahil.

Jika rasa terhentak dan tidak gembira,lebih baik mengaku saja.Sebelum kita membuat perangai-perangai pelik dan dicop attention seeker.

Dulu saya pernah kata,perasaan sendiri,sendirilah jaga.Kita sendiri pun kenkadang tidaklah expect setengah benda tu boleh menghiris kita nyer hati sampai macam tu punya dalam kan.Padahal takde apa pun,cuma bila ada kaitan dengan emosi kita maka ia adalah terganggu.

Gitulah juga dengan benda-benda yang boleh buat saya rasa gembira,walaupun kecik tapi hati saya boleh berbunga-bunga.Macam bila anak saudara saya yang mahu saya duduk rumah dia sampai setahun,sampai lama-lama sebab nanti boleh main badminton kat ruang tamu.My presence is his present gitu.

Tapi kan,saya masih tidak suka apa-apa contact langsung dengan manusia.Jadi janganlah peluk-peluk saya,sebab saya tak pandai.Mak saya jarang buat,namun tidaklah bermakna saya ini kurang kasih-sayang.Caranya saja berbeza,tetapi kewujudan emak saya itu sendiri ialah satu rahmat.

Mak saya time banyak duit selalu bagi duit,nak guna ke,taknak guna lagi ke itu lain cerita yang penting duit mesti ada kat tangan,katanya itu penguat semangat.Arwah ayah saya,kalau mau tunjuk sayang mesti beli makanan.

Walaupun sebolehnya saya takmau bergantung dengan duit untuk gembira,tetapi duit jugalah penawar duka saya.

No comments: