Tuesday, June 5, 2012

renggang lebih bagus daripada menyakitkan perasaan

Saya mempunyai beberapa kebencian.

Apabila sesekali ada orang menyebut perkara-perkara yang saya benci ketika saya bersenang-senang merehatkan otak,saya amat khuatir akan mengeluarkan kata-kata yang tak patut saya kata.Hati saya menjerit-jerit meminta si polan yang bercakap itu agar berhenti,sebelum saya ambil keputusan untuk bangun dan lari.

Dunia bukan tentang sensitiviti saya saja,saya sudah lama sedar itu,malah saya juga tidak berharap semua orang menjaga hati saya setiap minit masa dan peristiwa.

Beberapa perkara boleh diperbodohkan dan dipersetankan saja,kecuali beberapa perkara yang tidak pernah dapat di'tawar'kan oleh pujukan hati saya sendiri kerana saya tetap sakit hati.

Perkara-perkara yang seeloknya didiamkan saja,yang tidak perlu langsung diterujakan kerana sebarang bentuk keterujaan akan membuatkan saya marah dan menyampah.

Konflik datang apabila saya tidak mahu lagi berkata perkara-perkara yang menghiris hati sesiapa,kerana sudah cukup banyak manusia yang berdarah hatinya kerana tindakan-tindakan saya.Cukup-cukuplah,saya tidak mahu menambah kesal.

Puas saya memecah-mecahkan kebencian saya dan merasionalkan setiap perasaan yang mengganggu.Kali ini saya tidak mahu akal saya diatasi oleh apa jua bentuk setan.

It's so funny and confusing when we can love people without liking them.

No comments: