Monday, June 11, 2012

pahat dan pengukir

Saya gagahkan diri untuk bangkit dari tidur kerana saya benci melihat diri saya yang terjelepuk seperti kain buruk yang tak sedar diri hanya disebabkan keletihan yang ekstrim.

Ya,saya merasakan seolah-olah tubuh saya seperti baru saja bertumbuk dengan sekumpulan gangster atau baru saja balik dari merentas desa peringkat sekolah.

Saya perlu lebih agresif menukar pola hidup kerana kehidupan yang saya lalui sekarang ini adalah tidak normal.

Saya terlalu banyak mengelak.Saya mengelak daripada berhubung dengan orang-orang yang sepatutnya ditauti,saya mengelak sebarang bentuk tekanan yang tidak menyihatkan sampai kepada satu tahap saya tidak mahu lagi berfikir tentang apa-apa.

Jauh di ceruk hati saya yang paling dalam,saya tahu saya memerlukan ujian ini walau seperit mana pun keadaannya.Knowing myself,hanya dengan jalan ini yang boleh melunakkan hati saya yang dulunya sudah cedera parah.Atau mungkin saya boleh katakan ini sebahagian daripada cahaya untuk menjernihkan akal saya agar saya lebih peka dan sensitif.

Ada orang memang sudah sedia baik,berdisiplin dan jarang sekali melakukan kesilapan-kesilapan besar dalam hidup.Sejak remaja sudah rutin dengan dhuha dan tahajjud,sudah cerdas akal fikirnya,sudah terkawal tutur katanya dan bijak pula membuat keputusan.

Ada orang perlu diukir dengan pahat,diketuk dan dibentuk.Setiap kali diketuk ia akan merasakan kesakitannya,sebelum lahirnya satu ukiran unik,cantik dan berseni.

Saya suka melihat arwah ayah saya mengetam papan.

No comments: