Friday, March 23, 2012

Kebanyakannya hal makan dan minum

1.Saya tertelan serangga yang kecil berterbangan tu.Takleh nak  keluarkan balik,redha sajalah.Harapnya tak menjejaskan nafsu makan saya.

2.Sampai sekarang,saya tak reti nak beli nasi dekat mamak sekiranya bersendirian.Hal ini kerana,saya tengok banyak kuah-kuah yang senada warnanya yakni orangish ke reddish ke brownish,tapi saya taktau apa bedanya.Saya tengok kawan saya minta mamak campur semua kuah (minyak + minyak) tu,jadi saya pun arahkan mamak tu benda yang sama.

3.Kalaupun namanya makanan bertema Mediterranean ataupun barat,namun jika tuan punya tidak memantau keaslian rasanya (baca : membiarkan pekerja warga perantau memasak sepenuhnya),maka hasilnya sedikit menyedihkan.Saya pernah termakan makaroni yang rasa macam 'makaroni' dan pasta yang rasa macam 'pasta',maksud saya...bukankah setelah dimasak,rasa-rasa dari adunan ramuan itu sepatutnya sebati bersama?

4.Saya menggesa kamu semua supaya mencuba Lipton Ice Tea teh hijau dengan 9 ramuan semulajadi seperti kurma merah,serai,ros wolfberi,genmai,ginseng,kekwa dan lemon yang dipek dalam botol.Tengok label betul-betul,jangan terambil teh hijau lemon pula,yang tu lain.

5.Sempena Jumaat,marilah berselawat Sallahu Alaihi Wasallam.

No comments: