Friday, March 23, 2012

m

Ini tentang kemalasan,atau malas.

Jika mahu pahala sabar,cubalah berusahasama dengan *pemalas untuk sebarang tugasan dan saksikanlah sendiri apa yang terjadi  akibat campurtangan mereka (or the absence of it).

Malas ni apa sebenarnya.

Menurut kamus DBP,malas ialah tak mahu buat sesuatu.Lazy pula bermaksud berada dalam keadaan tidak aktif.Begitu ringkas pula maksudnya ya.

Dan apa yang baru saya tahu melalui pembacaan,malas ini BUKAN karakter manusia-seperti mahu mengatakan bahawa tiada manusia yang pemalas.

Maksudnya,lebih adil sekiranya malas dirujuk sebagai petanda kepada bala-bala yang lain yang memerlukan tindakan,bukan sebagai salah satu sifat manusia.

Boleh jadi malas itu ialah indikasi kekecewaan terhadap diri sendiri,ataupun kesedihan yang tidak dikendali dengan baik.Ada ratapan yang masih berlanjutan...perasaan ralat yang selalu menoreh-noreh tubuh spritual.

Kemalasan juga boleh terjadi kerana asakan kekeliruan menyebabkan tiada kata putus yang dapat diambil.Indecisivesness ini mengikut sejarah ialah 'pembunuh bersiri' yang membunuh penganutnya tanpa ehsan.

Tidak terkecuali,kemalasan terjadi kerana kita tak pernah mengenalpasti apakah obsessi kita-kerana obsessi ini jika baik kawalannya boleh jadi sumber tenaga yang mampu merempuh apa saja-tetapi sayang kerana terlalu malas untuk mengenalpasti perkara-perkara yang mengujakan kita,kita biarkan diri menjadi malas.Ah,putaran yang tak bertepian.

Tidak disangka,rajin pula saya menulis tentang malas ya.Mengarang entri sambil membuka beberapa tab lain sebagai rujukan,ini kelihatan serius.

Mungkin saudara nash-run mempunyai alasan-alasan beliau yang tersendiri.
 
Eheh.

*saya tak suka guna perkataan ini dan maafkan kekurangan perbendaharaan kata saya.

2 comments:

ahmad said...

ah ada memenshen nama aku rupanya

sesi bedah perkataan malas. hmmm

definisi dalam inggeris lebih generous nampaknya

kalau merujuk pada title blog aku, perkataan kemalasan tu digunakan sebab ia rhyme dgn alasan, itu sahaja haha

ahmad said...

aku sgt setuju dgn asakan kekeliruan yang menyebabkan tiada kata putus dapat diambil