Thursday, March 22, 2012

Leweh

Semacam ada satu paten,apabila saya melalui ribut emosi,saya jadi letih...apabila letih saya tak peduli barang-barang saya dan apabila saya tak peduli barang-barang saya,maka barang saya hilang.

Kehilangan itu melibatkan masa depan dan kenangan...juga (sudah tentu) sejumlah wang untuk menggantikannya.

Saya kehilangan cardigan putih,dulu cardigan hijau.Juga kurung cotton pink,dulu kurung cotton peach.Tidak terkecuali dress merah jambu pekat,dulu dress merah jambu yang pale.Itu bab baju,sebenarnya banyak lagi pakaian lain yang lesap,biru,hijau,oren,semua jenis warna nak hilang.

Bukan sekadar itu,segala bentuk alat penyimpan data juga tertinggal-tinggal,diambil orang-macamlah dia nak baca sangat jurnal-jurnal yang aku kopi dari miss lin yang garang tu.Berminat nak tau pasal mas cotek ke?Oh ya,dia boleh delete kan semua-semua data-data ilmiah tu pastu jual drive kosong.Tapi segigih itukah nak cari uang?

Dahlah,diri sendiri cuai lagi merengek-rengek kat blog.

Dah baca tu,tolong doakan semuanya kembali ke saya.Pasni nak jaga elok-elok.Janji.

3 comments:

nasyrun nasyrun said...

baju kurung pun boleh hilang?
haih

klohv said...

a'ah,baju kurung...nampak sgt aku ni peleweh sgt kan

nasyrun nasyrun said...

kah kah kah
stedi la mu