Monday, June 1, 2015

Tuhan selalu hadir menemankan aku dengan teman-teman istimewa untuk aku melepasi saat petir dan guruh.

Mereka mengambil bahagian bergilir-gilir untuk mengeluarkan aku dari ruang keterasingan.Untuk aku berasa sedikit normal di sebalik paranormal.

Ada yang menghilang selepas tamat waktunya.Seperti perjanjian tanpa dakwat,mereka datang seorang demi seorang mengambil alih tugas peneman.Memberi kekuatan dan ketawa kepada aku.

Aku tidak dapat membalas setimpal segala kebaikan,cuma berharap kejayaan yang luar biasa untuk setiap usaha dan harapan mereka.

Segala duit yang sudah terlabur,mudah-mudahan digandakan oleh Sang Pemurah yang Maha Kaya.



No comments: