Tuesday, April 22, 2014

Punya belaslah

Rasa simpati itu perlu bila kau melihat seorang perempuan itu terlalu yakin dalam busana serba sendat menyesakkan.

Tidak mustahil juga itu cuma pakaian inner beliau,cuma sedikit malang bila terlupa menyarungkan pakaian luar mungkin kerna dia punya masalah memori jangka pendek.

Jadi kenapa sanggup kamu mencerca dengan sebegitu angkuh dan sombong.Walhal kamu pon tidaklah memakai sarung lengan atau menarik tudung hingga ke dagu atau memakai stokin legap.

Kalaupun sudah kamu buat begitu yakni berbungkus litup,tidaklah juga mentauliahkan kamu untuk menimbang dosa sesama ciptaan Tuhan sambil kamu  berpura-pura istighfar sesudah mengumpat sampai lebam.

Kenapa tiada polis fesyen yang melibas dengan bernas dan menyatakan bahawa camel toe itu satu kesilapan maha besar dalam bergaya.Apatah lagi bila ada sehelai kain di atas kepala.









No comments: