Sunday, April 20, 2014

pencari undi

Adapun kita ini suka benarlah berdoa ke hadrat Tuhan melalui fb,twite dan segala jaringan maya yang wujud di mukabumi ini.

Tidak pula kita sangka bahawa 'doa' itu membangkitkan rasa meluat yang tidak terperi kepada yang membacanya.

Manakan tidak yang dialun itu sepatutnya  sendiri-sendiri,atau dalam ruangan privasi bukan untuk dikongsi.Pernah kamu dengar diari???

Sementelah jika niat mu untuk mencari perhati.Kot ya pun nak meluah rasa hati tengoklah juga takkan status tu dituju untuk bayi atau lakimu yang haram ada fb.

Masuk pula yang jenis humble bragging.Atau yang asyik-asyik lah    memancing puji selalu sebut diri berisi.Bila ditelek taklah gemuk cuma     buncit.



No comments: