Saturday, September 14, 2013

Hati sendiri bukanlah kristal

Beberapa bulan yang lalu,saya memutuskan untuk tidak lagi menyakitkan hati sendiri dengan berutus khabar dengan lelaki itu.Dia ada berhampiran dengan saya sekarang,dalam radius kurang dari 30km.

Matlamat saya jelas,saya katakan padanya bahawa dia lembap,payah faham benda mudah (carutan-carutan lain saya simpan dalam hati kerana dia hanya perlu tahu yang itu).

Contoh,dia ajak saya ke rumahnya di Kuala Lumpur.Saya cakap bodoh,kita nak gi dengan apa,habis kalau saya pergi awak nak suruh saya tidur mana?bodoh.Sebenarnya saya benci betul dengan cara dia yang bagi cadangan separuh jalan dan tidak logik,macamlah kita ni terkinja sangat nak pergi rumah lelaki.

Lepas tu ajak pula pergi jalan-jalan area KL.Saya cakap,tak heran pon saya boleh jalan sendiri.Tujuh lapan tahun saya duduk KL,jadi berjalan dengan lelaki seperti awak tidaklah mengujakan saya.

Yang paling utama,saya taknak jadi perempuan penghilang bosan sementara menunggu mak ayahnya mencarikan orang yang sesuai.Bodoh sangatlah saya kan kalau nak jugak berkawan-kawanan,membuang masa je.

Oh ya,kamu mesti kata,alah berkawan jelah...Takkan semua nak ambik serius.

Perempuan ni memang suka kan menyakit-nyakitkan hati sendiri,dah tahu jantan tu takde hala tuju samada nak ke tidak dekat dia,nak jugak menyendeng lagi.Kalau jantan pilih perempuan lain tahu pula meroyan.Hah,tadi siapa suruh berkawan-kawan?Kalau kawan tak payah meroyan lah kan.

Maka,jika saya pilih untuk tak berkawan langsung,itu cara saya.

"Awak ni memang payah faham kan.Apa lah jaminan yang ada kalau awak cuma cakap selesa berkawan,nak kenal-kenal."

"Ya,saya tahu awak taknak terhegeh-hegeh.Hak awaklah kalau itu yang awak fikir,tapi takkan nak berkawan pon tak boleh."

"Ya,tak boleh."

Saya terus tidur.

Dan saya tahu dia masih sibuk mencetak helaian-helaian thesisnya. 



No comments: