Saturday, September 14, 2013

Backpacking ke rumah ibunda-di dalamnya baju-baju untuk dibasuh

Saya masih lagi di gerobok ini,sepatutnya ada waktu cuti dan peluang untuk saya pulang ke rumah ibu yang jaraknya hanya 40 minit dari sini.Kerana kemalasan tingkat ke-7,saya masih menahan lapar di sini.Oh takdelah kancing perut sangat,cuma tempat membeli makanan itu jauh.Mungkin dalam sepuntung rokok.

Semalam sudah dibazirkan dengan mimpi ngeri,harini sedikit cemerlang kerana saya sudah membuat laundry dengan tangan bermula jam 0730 pagi.Harap hasilnya wangi semerbak.

Saya sudah menghantar pesanan khidmat ringkas kepada lelaki saya,tetapi seperti bercakap dengan tiang TNB je,baik lagi tiang TNB.

Mata kanan saya sakit apabila berkedip.Macam ada urat bengkak...macam ada segumpal bulu mata dalam tu.






No comments: