Tuesday, February 26, 2013

teruknya aku tak reply

Memori kanak-kanak aku nampaknya tidaklah terlalu membosankan.Ketika aku mengemas segala maklumat peribadi aku,aku terjumpa surat lama dari seorang penpal dari Italy.

Sekitar tahun 90-an,kakak aku ajak aku join satu perkhidmatan mencari teman pena dari luar negara.Masa tu takde hiburan sangat,email pon ntah wujud ntah tidak,kalau ada pon tak popular lagi.Ewww klasiknya.

Perkhidmatan ni sangat menarik,kita boleh pilih dengan siapa kita nak berkawan dengan cara tick kategori/kriteria sahabat yang kita cari.Boleh pilih negara,umur,jantina,hobi dll.Adalah sedikit bayaran dikenakan,dua ringgit kalau tak silap.

Aku teruja tengok senarai negara yang aku boleh pilih,jadi entah macamana aku ambik Germany.Umur baya aku 10-12 thn,jantina perempuan,pastu tak ingatlah kriteria lain.Bila dah pilih tu,kita akan diberi alamat kawan yang sesuai dengan keinginan kita.

Masa dapat alamat kawan dari Germany tu,kakak aku yang tolong tuliskan surat.Biasalah cerita biodata serba sikit.Aku rasa surat aku berbalas tapi dah hilang dah suratnya,sangat-sangat excited ya.

Yang bagusnya,kita ada possibility untuk dapat lebih dari sorang penpal memandangkan address kita diberi kepada sesapa yang request kawan dari Malaysia.Selamba je kan bagi alamat kat orang tanpa was-was.Hihi.Adalah beberapa pucuk surat yang aku dapat,salah satunya seperti yang di atas.

Macamana keadaan kawan-kawan aku tu sekarang ya.Hidupkah atau matikah.

Agaknya kalau aku reply sekarang mahu terkejut badak tak dia.Haha.

3 comments:

ahmad said...

haha penpal
kakak aku selalu main benda ni

klohv said...

agaknya memang begitu pe'el kakak-kakak.haha.

ahmad said...

itulah. orang perempuan mmg ada romanticism sebegitu hehe