Wednesday, February 27, 2013

Aku,Amni J,Amni B,dan Shyla,pada malam Sabtu atau mungkin juga Rabu,aku tidak ingat,ah,tak menjejaskan jalan cerita kerana yang penting malam itu kami tidak boleh ke mana-mana melebihi sempadan mata Ms.Belina.

Aku dan Amni J,13 tahun dan Amni B serta Shyla pula 16 tahun.

Birthday Shyla,sebagai kenalan rapat aku tak ingat pon bila.Tau2 saja aku dijemput untuk menemani mereka.

Paling ringkas,makan kepingan pic dengan kek,dan aku tak pasti tentang kek.

Venue : Gazebo.

Jam : 9pm-TBD

Pakaian : Berpakaian.

Malam itu tiada detel-detel yang jelas di kepala,mungkin sedikit gelaktawa,sekali-sekala bercerita perihal angan-angan remaja,berbual tentang isu semasa dari Titanic,seragam pijama untuk teman se-clique,ke biskut beras BinBin yang rangup dan masin,mungkinlah begitu kira-kira detelnya.

Tiada acara istimewa.Kami habiskan malam dengan duduk-duduk di bawah malap lampu jalan.Hati kami saling bersahut dalam diam.Tiada masalah yang berat-berat,paling tidak pon memikirkan laporan sains yang belum dilengkapkan,alah kami kan remaja je.

Tersenyum,sambil makan kepingan pic manis sepuas-puasnya kerana pada hari-hari biasa,puding pic Kak Juliza adalah terhad.Letakkan ais di atas pic,dan jadilah pic sejuk yang sangat rangup.

Amni B yang terkenal dengan sifat lawaknya pon tidak banyak berjenaka.Entah kenapa,kami tak tanya.

Apa yang pasti,malam itu Celine Dion menemani kami dengan My Heart Will Go On,berulangkali tanpa henti.Mendayu-dayu,begitu sayu seolah-olah meminta kami merasai derita kehilangan kekasih.Suara yang semakin jelas seiring pekat malam yang semakin sunyi.Dari rayuan kini seperti desakan,bagaikan kami pesalah yang tidak mengerti kesedihannya.










Dan tidak semena-mena,perut kami rasa bergelora dengan pic-pic segar yang sudah separuh tin kami makan.

No comments: