Friday, February 22, 2013

Perfect flaws

Kamu cantik menawan dan kamu jugalah definisi kesempurnaan.Sayangnya ada beribu-ribu orang yang mukanya sebijik dengan kamu.Muka kamu ada di mana-mana jua,bila-bila masa.Kamu ialah produk generik,pendek kata.

Aku tak dapat bayangkan macamana menjadi orang hodoh dalam komuniti yang menyeragamkan kriteria kecantikan,hanya itu dan itu-lah saja ukurannya untuk kamu berasa cantik dan bernilai.

Jika hidung penyet,sila masukkan besi untuk kelihatan tinggi,bibir kamu tak boleh tebal,tak boleh nipis,mata yang sepet perlu dicelikkan sampai membuntang,dan senarai takkan berhenti selagi kamu hodoh.

Rasa disgusting sangat bila doktor bedah plastik menanda-nanda 'kecacatan' yang perlu diperbaiki pada wajah yang normal.

Aku bukan hidup dalam denial,jadi aku akui kecantikan yang terhasil jika pembedahan plastik itu berjaya.Tetapi,aku tak boleh terima apabila seseorang itu hilang 'wajah'nya yang asli sehingga dia sendiri pon tidak kenal lagi siapa dirinya yang asal.Serius,aku mungkin tak suka kalau bangun esok muka aku macam Lisa Surihani sebab itu bukan muka aku.

Aku juga tidak suka bila rupa yang selama ini tak menjadi masalah,tiba-tiba dikritik hanya untuk lebih menepati kayuukur kecantikan yang ntah siapa tetapkan.

Seseorang boleh memiliki salah satu ciri kecantikan seperti berhidung mancung,atau bermata bundar atau berbibir seksi,atau kesemuanya sekali tapi masih kelihatan tidak menarik.Seseorang yang lain pula boleh kelihatan menawan walau rupanya adalah paduan dari segala ketidaksempurnaan.


No comments: