Tuesday, January 1, 2013

Tahun Masehi baru dan aku bercakap tentang kenangan

Aku kadang-kadang rasa tidak adil untuk blog ni kalau selalu tulis perkara gelap-gelap saja,walhal ada je benda-benda yang menakjubkan berlaku dalam hidup aku.

Barangkali aku ni kedekut untuk berkongsi kenangan dengan semua orang,sebab aku tak mahu tempias takdir yang aku jalani itu menjadi hakmilik orang lain juga.Macamana nak cakap ya,macam aku taknak memori itu menjadi kurang bernilai kalau orang lain tahu,sebahagiannya aku mahu simpan untuk diri sendiri sampai mati.Kalau boleh dipaten,aku mahu patenkan biar mulut semua orang terkunci dari menjaja kenangan yang sepatutnya eksklusif untuk aku saja.

Pernah aku mendengar orang bercerita tentang perkara yang tiada kaitan dengan mereka,walau sebenarnya aku lah saksi mata dan telinga akan hal itu,tetapi aku biarkan saja mereka berkata-kata sebab aku tak kuasa.Ada suatu perasaan yang tidak enak,mungkin juga kemarahan kecil,namun aku matikan saja semua rasa sambil berjanji untuk tidak berkongsi apa-apa yang menjadi milik aku,termasuk kenangan-kenangan itu.

Aku rela dilihat sebagai manusia yang tiada apa-apa,takde kisah jenaka,takde kisah dukalara;hanya manusia langut yang melalui hari-hari nya tanpa rungutan,tanpa carutan.

Dan aku merasa lebih tenang dan bahagia apabila semua memori dipateri rapi dalam lohong jiwa, menjadi rahsia aku dengan Pencipta.





No comments: