Tuesday, December 4, 2012

Rezeki sihat

Melihat sekeliling membuatkan saya insaf,betapa Tuhan Maha Pemberi Kudrat kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.,juga mampu menarik balik kesemua nikmat itu pada bila-bila masa,sesuai dengan kehendakNya.

Tak boleh terlalu megah dengan kondisi sihat lalu mengata dan mencemuh si fulan-si fulan yang ditimpa kesakitan itu.Ya,kesalahan memang dari manusia kerana mengabaikan penjagaan kesihatan,namun saya juga percaya pada konsep ujian.

Mudah-mudahan Tuhan kurniakan rahmat kepada keluarga besar saya.Dan mudah-mudahan kami tidak bersengketa dalam masa yang singkat di dunia ini.

No comments: