Monday, December 3, 2012

Gadis cantik bertudung labuh

Acapkali saya menyebut-nyebut perihal gadis bertudung labuh kerana mereka ada sesuatu yang tiada pada gadis-gadis bertudung yang lain.

Mungkin kerana saya kagum dengan jatidiri mereka.Mungkin juga kerana saya sedang keliru dengan jatidiri sendiri.Atau mungkin saja kerana kedua-duanya.

Gambar hiasan

Setulusnya,saya tidak mampu membawa imej tudung labuh kerana saya tiada kualiti yang bagus untuk mewakili mereka.Saya tidak punya kejayaan yang signifikan;baik duniawi mahupun ukhrawi.Malah kelemahan-kelemahan yang ada pada saya dikhuatiri menimbulkan salah sangka kepada keseluruhan gadis tudung labuh yang lain.

Apalah yang ada pada orang yang tidak bangun malam untuk solat tahajjud,tidak hafal surah-surah lazim, juga sembahyang yang selalu kurang khusyuk.

Saya belum berfikir untuk bertudung labuh persis pelajar-pelajar maahad lilbanat kerana saya tidak tahu bagaimana untuk membawa diri dengan identiti begitu.


1 comment:

A said...

pergi ke next stage dan ke next stage perlahan2. itu yg terbaik.