Wednesday, December 26, 2012

Petua kurangkan panas kepala akibat makan durian

Tadi makan durian.Seulas tapi gedabak besar terus tak makan dinner sebab kenyang.

Lagipun nak kurangkan makan nasi,sebab kebelakangan ini aku makan nasi bertambah-tambah.Satu tabiat yang bahaya untuk umur aku dan aktiviti harian aku.Aku tahu kenapa aku berselera,sebab aku makan dengan sambal tempoyak yang pedas.

Kadang-kadang,aku jadikan lada hijau rangup sebagai ulam yang selalunya banyak di Kelantan,tapi tak banyak kat tempat lain.Kat tumah ni takde orang buat sambal belacan,kalau ada lagi parah aku.

Aku tak mahu ajar perut aku telan banyak nasi,terlebih-lebih kalori nanti,taktau bila pula nak guna.Kena sedia ruang untuk lauk dan sayur.Aku kan makan macam kucing.Kucing suka lauk.

Sebenarnya,aku tengah kepanasan kepala,mungkin sebab durian.Mungkin juga disebabkan aku ni lama sangat melangut depan laptop.Tapi yang pasti kepala aku memang pening.

Kat sini aku kongsikan satu petua untuk kurangkan kepanasan akibat makan durian.Caranya,kamu minum air kosong dalam pangsa kulit durian tu.InsyaAllah,kurang sikit rasa panas tu.Sebab hantu durian ni takkan berhenti selagi durian ada.

No comments: