Thursday, December 27, 2012

Pataya Paprik

Aku pernah order nasi goreng paprik,walaupun sebenarnya aku maksudkan nasi goreng pataya.Atau the other way round,aku tak ingat sangat situasi masa tu,yang pasti aku tertukar.

Padahal aku tahu dua-dua tu macamana rupa,cuma otak aku tersilap match nama dengan rupa.Kiranya aku memang kenal,tapi otak aku kadang-kadang takleh terima hakikat bahawa itulah nama yang betul.

Walaupun aku boleh makan belaka mana-mana nasi,tapi rasa tak sedap bila otak gambar lain,mulut sebut lain.Alah,kamu mesti paham perasaan dia kan.Macam terkilan,tapi tak sangat.



Kamu pernah matchkan nama orang dengan tuan?Ada nama macam tak ngam saja dengan tuan dia kan.

Sebab tu lah kot ada orang ada banyak nama.Nama kat IC lain,nama tak rasmi lain.Aku tak maksudkan nickname,yang itu lain sebab dia derive dari nama asal juga.

Berbalik kepada nasi goreng,kamu prefer pataya atau paprik?

Nasi goreng cina pedas pon sedap jugak kan.Tak pon nasi goreng kampung.Kalau nasi goreng cina tu aku pantang sikit kalau orang bubuh sayur campuran,lagi-lagi yang reject dari Tesko. 

Korang order kat kedai minta sup kosong tak?Aku tak pernah tau pun boleh mintak,sehinggalah suatu hari tu ada lelaki tu mintak sup kosong.


No comments: