Monday, December 31, 2012

Mungkin terlalu tinggi untuk kelas Terfaktab

Dek kerana karya-karya cinta Islami yang sendu terlebih dahulu menguasai pasaran membuatkan aku tidak ambil endah dengan sebarang karya yang mengaitkan cinta dan Islam.

Aku benar-benar tidak berminat jika tema-nya hanya berkisar percintaan yang disuntik elemen keagamaan untuk menjadikannya Islami.Apatah lagi jika karya itu cenderung mendatangkan fitnah yang buruk kepada agama,mengatasi nilai moral yang mahu disampaikan.

Aku menyedari kehadiran saudari Fatimah Syarha dalam dunia penulisan ketika terbaca artikel-artikel sumbangannya dalam majalah,tetapi setakat itu sajalah.

Lama selepas itu,yang aku pasti sudah beberapa novel terhasil dalam senggang tersebut,aku membaca novel Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha.Aku membaca novel itu sekali imbas kerana aku risau jika karya tersebut menceritakan sesuatu yang terlalu ideal dan romantis sehingga aku berasa jelek.Lagipun Fatimah Syarha tu nampak lemah-gemalai,mesti tak cocok dengan pemikiran aku yang kadang-kadang tampak keras.

Ternyata aku patut berasa gembira dengan telahan yang silap itu,kerana ini menunjukkan ada harapan baru untuk karya-karya cinta Islami.Pemikiran yang ditampilkan dalam karya tersebut mewakili wanita Muslim yang mempunyai kekuatan ilmu yang bukan calang-calang,bijak mengendali kekeliruan serta kreatif dalam menuntun emosi;segala yang diperlukan untuk membina jatidiri yang disegani.

Tambahan pula,babak-babak romantis yang meremangkan bulu roma boleh dikatakan hampir tiada,dan ini adalah plus point untuk karyanya kerana aku agak meluat sekiranya penulis terlalu berusaha untuk menggambarkan keadaan romantis suami isteri sehingga melunturkan mesej asal.

Apa yang lebih bermakna ialah karya ini juga membuatkan umat Islam khususnya wanita akan berasa betapa kita dimanjai Allah dengan limpahan rahmat yang tidak terbatas,sesuatu yang kita harapkan untuk setiap gerak kerja kita di dunia ini.

Kerana itu,aku benar-benar menyarankan kamu semua bersegera untuk mendapatkan keseluruhan koleksi novel Fatimah Syarha,kerana aku yakin banyak ilmu yang akan kamu kutip,dan tidak mustahil juga kamu akan bertukar prinsip hanya melalui titipan pena-nya. 


3 comments:

ahmad said...

aku dah serender dgn novel cinta melayu. selalunya dgn nama2 watak yang tak nak kalah dan masalah percintaan tiga segi yang tak sudah2

klohv said...

haah yg tu tak masuk perkiraan dah 'nasyrun daniel shah bin tan sri iskandar'...

jenis-jenis org yg banyak masa nak buang hidup dgn cinta yg meragukan.

ahmad said...

kahkahkah tak boleh blah

dan yang perempuan (baca:watak utama) mesti orang biasa2 yg cantik walaupun tidak bermekap dan berpakaian biasa2 saja