Friday, July 6, 2012

saya selalu sesat,tapi saya tak suka menyesatkan orang

One who would travel happily must travel light.

Memang pun,bila saya berjalan sesorang dengan beg yang separuh dari berat badan,terasa mahu menangis saja.

Kerana saya tidak berharta dan tidak berlesen,saya terpaksa menggunakan pengangkutan awam seperti bas,teksi dan ktm untuk bergerak dari titik ke titik.

Walaupun tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu hal kecuali apa-apa hal yang berkaitan dengan saya,saya dikira pandai juga berjalan seorang diri.Apabila saya tak tanya,ramai pula yang cuba-cuba memberikan info,malah faktanya salah pulak tu.

Tak tanya pon : Satu
Seorang kakak berusia lewat 40-an yang menaiki bas bersama saya kata ada stesen komuter di Sogo.Dia berkata begitu kerana saya mahu ke komuter di Central Market.Saya kata yang tu LRT Masjid Jamek kak.Stesennya tak sama,saya mahu ambil train ke Tanjung Malim.

Tak tanya pon : Dua
Ada dua orang lelaki berusia lewat 40an dan 50an duduk berhampiran saya dalam bas.Pakcik 50an tu sempat melawak cakap ingatkan saya nak pegi perhimpunan belia kerana saya pakai baju merah.Pastu tanya la asal mana,nak gi mana semua,saya jawab ajelah dengan jujur asal Kelantan nak ke Seremban.

Lelaki umur 40an itu pula bergurau dengan biadap sikit,dia cakap ada satu kawasan Jajahan Machang iaitu Telekong menjadi terkenal kerana melahirkan ramai GRO.Saya dah sial apa pakcik ni,tapi saya maintain saja dan berkata dengan sopan,saya tak tahu pula ada gelaran macam tu,kalau ada sudah tentu saya tahu.Tapi nak saja saya kata,orang yang bergelumang dengan GRO saja yang tahu pasal benda-benda ni semua,kalau ahli masjid takdenya dia peduli.

Bukan itu saja,lelaki tersebut juga beria-ia mengajar saya cara-cara ke Seremban dengan bas.Saya cakap kat dia,sekarang kalau nak naik bas kena ambil shuttle bas ke Stesen Hang Tuah,dah takleh tunggu kat area STAR lrt tuh.Lelaki itu mahu juga menegakkan faktanya,dia kata bas tak tunggu di stesen sebab takde orang,jadi dia ambil orang kat area jual buah tu.Saya angguk-angguk ajelah,padahal saya rasa dia keliru antara Stesen Hang Tuah dengan Puduraya.Ntah fakta tahun bila lah pakcik ni,bajet tau sangat.

Saya tak sempat bertelingkah lebih lanjut kerana kami laung-laung saja sambil berjalan.Sebelum terus ke stesen komuter Pasar Seni itu,saya sempat menoleh ke arah area yang dibincangkan.Memang takde satu haram bas pon,saya tau lah sebab dulu memang saya selalu ambil bas kat situ sebelum pindah ke stesen baru.Selepas bas itu berpindah ke stesen Hang Tuah pon saya dah pernah guna juga,cuma kali ini memang saya kena ambil komuter.Lebih dekat dengan rumah kakak saya walaupun lebih lambat macam kura-kura tempang.

Entri saya memang selalu melencong dari objektif.Redha kan ajelah.

No comments: