Friday, July 6, 2012

Kebaikan teh hijau sebagai antioksidan

Bau keju yang saya hangatkan dalam mikrowave bersama dua batang sosej masih kuat di hidung dan akal saya.Walaupun berbau saya habiskan juga sebab saya rasa bersalah kalau makan tak licin.Untuk hilangkan mual saya ambil pula cuka epal.Keasidannya amat ketara sehingga saya terpaksa minum teh hijau pula.Tetapi teh hijau ini sangat panas,tidak boleh dicicip lagi.Oh,saya tidak suka bila lidah saya terbakar.

Saya bukan payah sangat nak tidur,boleh saja tidur tapi saya perlu cari input-input baru supaya otak saya berasa teruja dan ceria.Jika tidak saya merasa teramat bosan dan kosong.

Saya menonton Australian Junior Masterchef,pandai sungguh kanak-kanak itu memasak ya.Geram tengok tangan-tangan kecil buat kerja.Tadi mereka masak daging biri-biri muda bertema pai.Teringat pula kemahiran memasak saya yang minima,sampai sekarang saya tidak tahu menggoreng bihun.

Saya juga menyaksikan American Masterchef tetapi kecewa bila Audrien tak menang.Dia ada seraut wajah yang buat saya rasa kesian,lebih-lebih lagi bila dia telan airliur tatkala dikomen oleh juri Itali tu.Gordon Ramsay pula sangat lincah dan hip walaupun sudah tua.

Saya mengulang dengar lagu-lagu yang saya download secara percuma.Sebagai generasi yang sempat merasai internet slow taraf dial up,saya berasa sedikit fobia dengan aktiviti mendownload.Saya juga tak pandai download movie.Filem terakhir yang saya tonton sehingga habis ialah Separation dan Dalam Mihrab Cinta (kerana ada Asmiranda yang bertudung).

Teh hijau saya sudah habis.

5 comments:

nasyrun nasyrun said...

ah, bagusnya teh hijau itu
selamat tidur

nasyrun nasyrun said...

selamat

klohv said...

ya,teh hijau ialah sirap penenang aku.

semalam aku tak tido,tetapi alhamdulillah selamat.hehe

nasyrun nasyrun said...

baguslah
malam ni tidur ke tak

klohv said...

kena tidur la,nanti sewel