Thursday, July 12, 2012

Air dan Angin

Boleh jadi ini satu kelebihan atau mungkin juga kebinasaan; saya tidak memerlukan apa-apa nikotin atau perangsang untuk berjaga sehingga dinihari.

Hujan-hujan idea telah memaksa otak saya berlari sehingga memasung tidur malam saya.

Kopi,nescafe,atau milo tidak berguna melainkan sekadar minuman yang sedap diteguk (saya lihat dalam filem-filem yahudi selalu minum kopi ketika berjaga malam jadi saya hanya meniru kelakuan itu).

Baru saya sedar,hari ini saya tidak minum air putih langsung.Saya memang banyak minum air,maka ia mempengaruhi isipadu badan saya.

Oleh itu,seandainya kamu nampak seperti tebal-tebal pada badan saya itu mungkin cuma air sahaja.

Untuk menjawab persoalan hamba Allah yang sampai ke blog saya kerana ingin mengetahui samada Nescafe boleh menghilangkan kemurungan atau tidak,jawapannya ialah ya. *yakin giler*

xxx--------xxx

Saya taktahulah dengan kamu,tapi saya jenis yang begitu tahan dengan minyak angin panas.Sempat juga berlagak sikit-sikit,bila orang lain dah terloncat-loncat sebab panas sangat,saya masih steady lagi.

Sekarang pula,saya seperti menemui cinta baru.Sejenis krim yang kelihatan seperti krim Counterpain (saya memang hantu Counterpain sebab saya tak suka pain-pain bila berjogging),tapi tajuknya Flanil.Krim ini memang menepati janjinya untuk meredakan kesengalan otot dan sendi.

Saya seperti Flanil bergerak kerana seluruh badan saya diselubungi bauan krim itu tetapi pedulikanlah.Arwah ayah saya kata minyak angin cap kapak busuk,tapi saya rasa wangi.Tapi segan jugaklah nak lumur banyak-banyak kalau saya duduk dekat orang lain.

20 comments:

adam said...

Yeah update!

Nescafe paling best dalam tin selim tuh. Rindu nak minum balik.

Minyak angin panas itu...argh cite waktu kecik. Malu saya nak bagitahu. Haha.

klohv said...

A'ah,nescafe tin itu amatlah sedapnya.Tapi tin-nya makin slim la saya rasa.

Apsal minyak angin?

adam said...

entah apa jenayah yang dibubuh di dalam tin itu pun saya tak tahu. Sedapnya tak boleh dibancuh di rumah.

Huahuahua. Minyak angin dan tungau benda stended. Kamu tahu sengsaranya pada saya. Haha.

klohv said...

Mu gi ambik mano tungau tuh.

adam said...

Teman dulu suke main kawasan rumput di kampung. Udah ropenye penuh tungau. Mane teman nak tauu.
Asal balik tungau menyinggah.
Tau tau aje udah merane kate ko. Ajenye ye.

Haha. Ok loghat perak saya sangat busuk.

klohv said...

serangga2 kecik kat kg memang sakit kalau tersalah parking tangan atau kaki.

saya paling seram kalau kena serang peringat.Eh,tungau dgn peringat ni serangga yg sama kah.

kena tanya nasyrun ni kalau dia masuk.

adam said...

Saya pun tidak tahu spesis serangga ini. Pengetahuan saya terhad kepada apa yang disiarkan di rancangan pendidikan tv1 dulu.

Haha.

Tungau tidak menyerang tangan dan kaki tapi di *tut*

Jadi kamu faham2 lah bencinya saya. Hahaha. Sakit tahu minyak angin panas.

klohv said...

Yeke.Patutlah menderita.

adam said...

Hehe.

*mengangguk bersetuju*

klohv said...

Bagus juga ada trauma sebegitu,mak kamu boleh jadikan sebagai bahan ugut.

adam said...

haha. Sejak2 dah membesar dengan dumex nih, ugutannya lebih kepada isu pembangunan kerjaya dam masa depan. Benda2 remeh ni katenye tak siyor teman.

klohv said...

Oh saya juga tak terfikir yg mak kamu akan mengenakan kamu dgn mende remeh mcm tu,saya masih merujuk kamu yg dikala kecil.

sebagai ibu tugasnya ialah bimbangkan perihal anak2.

adam said...

owh.. salah faham.

semak juga kalau diugut begitu. sebab selalu sangat kena. asal balik kampung kena. merana juga.

nasyrun nasyrun said...

kopi tetap lagi best dari nescafe

ya aku setuju dgn kau, flanil sangat mengasyikkan, cuma jangan terlebih sapu

klohv said...

adam,
makin besar makin jarang jumpa sedara,jadi takde hal lah sekali sekala kena bahan.kann.

nasyrun,
Nescafe tu pon sejenis kopi jugak,cuma org tak iktiraf aje.Kopi apa yg ko minum?Kalau kampung aku ada jenama kopi badak.Tapi mak aku kata jangan minum banyak kopi takut tumpul akal.

terlebih sapu flanil pon takpe,panas dia sekejap aje.Cuma aku risau nanti kulit menghitam,dahlah aku lumur jugak kat perut ni.

nasyrun nasyrun said...

entah la, aku main minum je

(kononnya) persepsi aku kat kopi ni bergantung pada cara pembungkusannya. kalau glamer sangat cepat saja kepala aku set kopi ni tak sedap, tak kaww hahah

tapi kopi mekdi boleh tahan juga

ada ke minum kopi tumpul akal. kalau tumpul takkanlah ia jadi minuman kegemaran nabi

ye, memanglah panas sekejap je, tapi boleh tahan menggelupur jugaklah aku hahahah

klohv said...

A'ah la,bila ko sebut pasal packaging tu aku pon terlintas benda sama.Kopi mekdi agak sedap.Hmm.

Aku pon tak check pasal minum kopi tumpul akal tu.Mungkin Mak aku refer ke satu jenama kopi yg dikata telah dicampur arang tu.Kakak aku lah yg bagitau semua tu.Rasulullah minum kopi ya,baru aku tahu.

Ni nak kena lawan flanil,sape lagi steady.hahaa.

nasyrun nasyrun said...

pasal rasulullah minum kopi tu, aku RASA betul dah. tahap keyakinan aku berada pada tahap 91.8 persen

campur arang? serius? terpengaruh dgn nujum pak belalang ke apa haha
kopi apa weh

flanil bau sedap

klohv said...

okkay.Gembira aku dengar.Aku pon fefeeling bijak bila hirup kopi,tapi kat rumah mak aku takde kopi lah,sebab mak aku pening kepala.

kopi campur arang,milo campur tanah,megi campur bata...semua cakap2 orang.hihi.

tak habes2 dgn flanil.a'ah memang segar baunya.

nasyrun nasyrun said...

apakan daya, flanil ialah sahabat terbaikku dua tahun lepas, tatkala belakang aku mengalami kesakitan agak kronik sehingga menyukarkan aku untuk berjalan tanpa menyelitkan unsur2 tonggek