Tuesday, June 12, 2012

untitled post

1.Entah mengapa,saya melihat orang dewasa yang takleh telan semua jenis sayur sebagai seorang yang mengada-ngada walau apa pun alasannya.

2.Begitu juga dengan mereka yang tahu makan ayam saja,tak mau makan lauk lain terutama ikan.

3.Saya tak suka berlama-lama di dapur,akan tetapi saya jenis lepas masak mesti terus kemas segala radas mangkuk hayun.Hidangan hanya akan dibawa ke depan apabila dapur berkilat dan bebas cela.Pendek kata,memasak bukan hobi saya.

4.Sedih kan bila makanan yang dahulunya terasa seperti terlampau sedap sudah jadi biasa-biasa.Chachos tidak lagi cekedis ajaib dan maggie sudah hilang umphh nya.

5.Penjagaan bentuk badan amatlah mustahak,walau sekeras mana pon kamu mahu menafi.Dengan bentuk body yang lari sana-sini,sarung apa pun tidakkan kelihatan menawan.

11 comments:

adam said...

suka baca tulisan bersahaja awak.

Kemas dan teratur.

Oh beryukur juga tiada tulisan shortform aq,jew,ew,koe,loe, dan sewaktu dengannya.

Jika tak mesti sudah ditegur dan mungkin dicarut oleh saya seperti saya buat di blog2 lain.

Hehe

Tapi saya gemarkan ayam, ayam dan saya berpisah tiada.

klohv said...

saya cuma bernasib baik kerana telah melangkau generasi aq-jew-loe,jika tidak mungkin saya juga menulis sebegitu dan menjadi bahan carutan kamu.*syukur*

ayam dan adam.heh.

adam said...

Hampir habis membaca blog awak.

Mungkin akan disambung lagi nanti.

Oh post pasal honda c70, saya lebih gemarkan yamaha passola. Lebih comel dengan bakul dihadapan. Sharifah Amani memakainya dalam cerita muallaf.

Post coklat pula. Kalau awak mahu tahu, saya rasa Milka adalah coklat tersedap mengalahkan Cadbury.
Terutamanya Milka mix with da'im.

Terasa perasaan membunuh itu ada tatkala memakannya.

Oh Milka berasal dari Jerman.

Lagu Judika-Bukan rayuan gombal. Saya suka tapi jarang didengar bimbang cepat bosan kerana lagu itu mengingatkan saya tentang cerita muay thai chaiya. Lagunya seakan2 lagu di waktu peninju khayal sebelum bertomoi dan cerita itu menarik bagi saya. Muallaf juga.

Panjang komen saya. Senang dibalas dalam satu entri.

Hehe

Mohon selalu menulis supaya saya boleh membaca.

:)

klohv said...

1.yamaha passola tu saya panggil itik,comel.btw,ia kategori scooter bukan?

2.milka saya tak pernah jumpa di malaysia,mungkin diberi nama lain atau saya yg sedikit desa,hehe.patut cuba satu hari nanti.

3.saya belum menonton muallaf.saya dgn karya yasmin ahmad adalah sedikit berseteru kerana saya tak berjiwa seni.saya akan merasa sesak nafas sekiranya takleh menikmati sesebuah filem sehingga habis.

4.terima kasih kerana tersesat ke sini.

adam said...

Dah habis baca blog awak.

Terbaca komen, pasal mendelete post2 lepas

Kalau dapat masukkan balik boleh saya sambung bacaan saya.

Yep passola category scooter.
Dan saya ini suka meleweh, jadi rasa sangat sesuai memakainya. Ada rezeki akan membelinya satu hari nanti. Kelajuan tak lebih 60km/j. Sangat selamat rasanya. haha

Milka tiada di Malaysia rasanya.

Saya tidak tahu sama ada saya menonton semua karya Yasmin Ahmad kerana seninya atau Sharifah Amaninya. Jiwa saya keliru. Haha.

Tapi mungkin lebih kerana Amaninya.Comel.

Sama-sama juga kerana menyesatkan saya ke sini.

Harap terus tersesat selagi saya suka membaca dan baru kembali ke pangkal jalan kemudiannya.

klohv said...

Deleted entries tu mmg patut didelete pon,sebab tak berguna,mcm semak saja.tidak berbaloi untuk masa kamu.

Seripah Amani begitu sedap dilihat.

adam said...

Hik hik. Sopan sungguh kite mase mule2 komen. Malu i nokkss. Hahaha

klohv said...

Giler apa dok tgk komen lama!haha

adam said...

Hahaha. Sajo dok godek2.

klohv said...

Rindu kan.kan.kan.

adam said...

haha. Rindewww sanad. Awak tak rindeww keww? Hik hik.