Thursday, April 5, 2012

Endurance

Banyak yang saya angankan sehingga saya tidak konsisten dalam perkara yang saya pohon pada Tuhan.

Yang pasti,saya patut mula menekuni nikmat-nikmat yang dianugerahkan,baik ketika di awang-awangan mahupun ketika dibelit kebuntuan.

Sekurang-kurangnya,saya rasa saya betul di situ,yakni mensyukuri apa jua aturan yang telah dituliskan untuk saya.Walaupun nilainya mungkin berbeza mengikut pasang-surutnya iman saya,tetapi mencuba itu perlu.Saya mahu memuji Allah tanpa prasyarat.

Tentang doa yang saya karang dalam hati,selalu berubah walaupun akhirnya membawa maksud pengharapan tanpa batasan kepada Tuhan.

Pengharapan yang terlalu optimis,mungkin bersifat magis untuk sesiapa yang mementingkan logika dan di luar hitungan akal untuk mereka yang terbiasa membuat perkiraan.Apa-apa pun,saya anggapkan itu bukanlah sebagai kegilaan,kerana apa yang saya pohon itu bukanlah mustahil,hanya seenteng 'jadilah' bagi Tuhan.

Selamat malam.Moga realiti lebih manis dari sekilas mimpi.

2 comments:

Pisey said...

Kalau realiti lagi manis dari mimpi, tak tidur malam-lah saya. Nanti asyik mimpi ngeri (:

Enteng yang bagaimana permohonan kamu utus ke Tuhan itu? Banyak yang pinta kebanyakannya kegilaan. Hahaha.

klohv said...

hai pise,