Friday, April 6, 2012

Baca boleh,percaya pon boleh

Paranormal dan sakti.Dan ini bahagian saya.

[Skip segala proses panjang;salah telahan,dengar-dengar pendapat kedua,tercari-cari penawar serasi,progress positif,serangan baru,konflik itu ini,rawatan lagi sehinggalah kesembuhan walau bukan seratus persen]

Saya tiada mandat untuk men'detel'kan perihal jin,hantu atau iblis,namun saya boleh gebangkan apa yang saya alami.

Badan apabila dimasuki jin (tolonglah jangan bayangkan macam orang menurun ya sebab prosesnya langsung tak nampak sebegitu) akan terasa lain.

Paling obvious ialah lenguh-lenguh pada mana-mana bahagian badan,takpun ada getaran-getaran halus dalam saluran darah di samping terasa adanya haba di telinga dan mulut macam tak sedap,nak kata halwa pedas pon tak,tapi memang payah nak describe.

Pendapat ada mengatakan bahawa jin ini apabila di dalam badan adalah seperti angin mampat.Dengan kata lain,angin-angin yang menyakitkan dan melemahkan tubuh salah satunya berpunca daripada jin.

Pernah berlaku ketika membaca al-fatihah di dalam solat,ada letupan-letupan kecil di bahagian rusuk kanan saya.Adakalanya saya akan sendawa setelah membaca ayat-ayat suci al-Quran.Samada saya faham atau tidak maksud kalamullah itu,kesannya begitu jelas.

Memang benar,apabila dibelek kembali maknanya,ayat tersebut berkisar balasan neraka jahannam serta azab Allah yang dijanjikan kepada si zalim.Sebagai orang yang tiada ilmu terperinci tentang khasiat tertentu ayat Al-Quran,maka saya cenderung untuk mengatakan keseluruhan ayat-ayat suci tersebut mampu memberi syafaat dengan izin Allah,hanya ilmu kita sahaja yang membatasinya.

Jika difokuskan lagi,saya seolah-olah dapat merasa ada nafas lain pada bahagian dada saya,tidak seiring dengan ritma pernafasan saya sendiri.Bendalah ini bergerak-gerak di bahagian belikat,naik ke bahagian bahu,naik lagi ke kepala,turun ke kepala lutut dan jari-jemari kaki.

Begitulah serba-sedikit perihal jin khianat yang terus-terusan mengganggu hidup manusia.

Apabila kita tahu pe'elnya jin atau iblis  ini,adalah sedikit mudah untuk kita melawannya,maklumlah culpritnya sudah diketahui.Jika mengikutkan saya,amalan sembahyanglah paling cepat untuk menewaskan makhluk ini,begitu juga dengan bacaan-bacaan ayat suci furqan (seeloknya dibaca dengan sebanyak-banyaknya tanpa had helaian mengikut kemampuan) dan zikir-zikir pada setiap detak jantung kita.

Muzik dan nyanyian,mahu sekali saya katakan jangan-sangat bertentang dengan kemahuan bukan?

Bersambung apabila saya rajin.


No comments: