Sunday, March 4, 2012

Home alone

Masa berlaku peristiwa ni,aku 7 atau 8 tahun.

Lepas aku habis kelas Fardhu Ain setiap petang Selasa,aku akan terus balik rumah sebab nak main lompat getah.Ada sekali tu aku balik rumah tengok rumah aku kosong dan teramat sunyi.Aku bagi salam,takde orang menyahut pon.Ntah mana-mana la pulak perginya mak aku,padahal tak pernah la dia tinggalkan aku macam tuu aje.

Sebab masih petang, jadi aku pon tak kesah sangat la.Aku main lompat getah sorang-sorang macam biasa.Satu pangkal getah tu aku ikat kat hujung pokok,yang pangkal satu lagi kat tiang rumah.Jadi melompat lah aku seorang diri sampai penat.Dah penat dan haus aku masuk dalam rumah makan kuih yang mak aku tinggalkan.

Pastu sambung main lagi.Main,main,main...lama-lama aku mula rasa takut.Dah dekat dua jam mak aku tinggalkan aku.Suasana rumah pula sangatlah sunyi.Takde satu kenderaan pon lalu kat jalan depan rumah aku tu.Untuk hilangkan ketakutan,aku masuk balik dalam rumah,makan kuih lagi.

Aku keluar rumah lepas tu sambil tunggu mak aku balik,tup tup aku nampak mak aku tengah sapu-sapu laman rumah.

"Eh Ma gi mano sakni?"

Mak aku tengok aku dengan muka pelik.

"Mano ado Ma gi mana-mana pong,dok nyapu sapoh jak tadi lagi."

Okkay,kalu Mak aku ada kat rumah,kenapa aku tak nampak mak aku kat kawasan rumah tu.Apsal tak jawab salam aku,dahlah berkali-kali aku laung.Aku pon tak pasti dua jam ke tak,sebab aku tak reti tengok jam lagi masa tu,aku agak jelah dua jam.Tapi serius,tempoh aku dok sorang-sorang tu macam lamaaa sangat.Macam aku sorang-sorang je kat dunia aku.

 

3 comments:

nasyrun said...

uh
terperangkap dalam dimensi paralel

klohv said...

ko percaya fenomena mcm tu wujud?

nasyrun said...

aku tak percaya sangat selagi tak betul2 nampak depan mata. nisbah tak percaya dgn percaya ialah 7:1

ada 1 itu kerana tuhan tu maha kuasa, jadi tak mustahillah kalau ia betul2 wujud