Tuesday, February 21, 2012

skrip gelas pecah,kaca berterabur dalam drama melayu

Saya jarang sekali mempercayai intuisi.

Saya tidak suka seandainya prasangka-prasangka buruk menguasai tindak-tanduk.Perasaan bimbang itu meragut separuh dari kudrat saya,dan kerana itu saya mahu ianya berada pada takah paling minimal.

Tetapi hari ini seakan ada lagu-lagu yang memberitahu bahawa saya akan menempuh sebuah keputusan yang negatif,seperti lampu isyarat yang kebanyakannya merah di sepanjang susur perjalanan serta raut sugul pemandu teksi yang saya tumpangi,semacam menyerap takdir yang sudah ada di hadapan.

Saya tambahkan kecekalan dengan menyebut nama-nama Tuhan,berselang-seli mengikut mana-mana Dzat yang terlintas dalam ingatan.

Memang benar,keputusannya pada mata kasar kelihatan sedikit pincang,tetapi Tuhan sudah sediakan saya dengan penebat kesedihan.

Saya beli aiskrim laici dan meneruskan kehidupan saya seperti biasa.





11 comments:

ahmad said...

eh kenapakah

klohv said...

cuma nak cakap ada kebetulan2 yg berlaku sebelum sesebuah takdir tu terjadi...

ahmad said...

apakah keputusan yg negatif itu
(aku rasa kau takkan jawab tapi aku tanya juga haha)

klohv said...

haha ko ni...

aku mmg segan pon nak bgtau sbb masalah aku ni trivial sangat...

klohv said...

btw,mu x pernah ke mengalami peristiwa2 sebegini?

ahmad said...

tak rasanya.
perkara buruk yg berlaku ke aku mmg selalu tepat ke muka je, takde warning apa2

klohv said...

aku ni pon sebenarnya jenis yg x percaya gerak hati,sebab aku rasa hati aku ni tak cukup jernih...

aku rasa lebih baik tempoh saja semua risiko tanpa pikir yg bukan2,penentu takdir tu Allah juga...

ahmad said...

haa itulah yang sebaiknya

Pisey said...

Eh where have all your entries gone to? Hmm.

klohv said...

I've decided to do some spring cleaning with my blog.Semua entri lepas-lepas dalam arkib :)

Pisey said...

Baru terniat nak godek khatam haritu (: