Wednesday, February 1, 2012

masjid dan hotel

Butir-butir yang saya tulis ini mungkin misleading,tapi saya mahu teruskan juga.

Menurut pemerhatian saya,majlis perkahwinan orang kelantan paling simple,tiada adab budaya yang pelik melainkan jamuan makan,sesi bergambar dan kadangkala (tersangat jarang) ada deejay dan sedikit musik.Malah ada ketika saya rasa majlis kahwin itu macam majlis rumah terbuka sempena hari raya saja.

-------------

Saya pernah dengar ada majlis yang dibuat dengan kos paling minima,yang hadir cuma parents kedua belah pihak,jurunikah,saksi dan pengantin itu sendiri.Usai akad nikah mereka ke hotel untuk menjamu selera dengan kos tak sampai seribu.Mereka orang kaya,tapi prefer laburkan duit untuk honeymoon dan perbelanjaan hidup suami isteri di kemudian hari.

-------------

Dalam sesetengah kes,jarak antara majlis akad nikah dan sambut menantu juga ada yang menjangkau hampir setahun,bermakna akan ada pengantin perempuan yang hadir ke majlis dengan perut memboyot.Saya rasa macam pelik sikit kalau menantu perempuan dah ulang-alik rumah mak mertua,tapi majlis menyambut beliau belum dibuat lagi.So what's the purpose of having majlis sambut menantu then?

-------------

Saya takde motif.




10 comments:

ahmad said...

ya ramai yang mmg tak mahu pung pang pung pang masa kenduri nanti, termasuklah aku. selalunya mak ayah (terutamanya mak) yg mahukan begitu.

kadang2 bukanlah dgn niat utk berlagak pun, cuma, camne ye aku nak cakap ni. apa yang aku tahu fil seorang mak tu kita bukan boleh faham

tapi kalau dah jemputan pun sampai beribu tu, persalinan pun dah cecah 5,6 pasang, itu mmg nak eksen la

ahmad said...

lupa nak rait

klohv said...

majlis besar xpe,sbb ada antara kita mmg perlu buat mcm tu atas beberapa faktor.

kalau mcm aku ni,mak aku sorang aje handle kerja,pakcik yg duduk dkt ada sorang,yg lain sudah arwah.jadi majlis kecil2an lebih sesuai.

lagipun aku bukannya ada impian perkahwinan sgt,nak ambik gambar pon malas kot.

setakat ni itulah yg aku rasa,tak tahulah di kemudian hari.hehe.

ahmad said...

malangnya grandeur kenduri itu ditetapkan oleh fuhrer ibu hehe

klohv said...

jika begitu halnya,anggap saja itu semua rejeki dari Allah Maha Pemberi...hahaha

ahmad said...

hahaha itulah
apa2 pun aku bershukur mak aku tak layan benda2 karok ni

klohv said...

aktiviti berkarok2 ni tak berapa masuk dgn kawasan aku ni,maka aku juga patut bersyukur.

aku pernah hadiri majlis yg ada joget lambak sebelah malam diiringi dendangan karaoke.

alasan mereka buat upacara mcm tu pon sebab taknak bagi tukang masak mengantuk.

lagu 'penasaran' aku ingat diulang 20 kali kot.

ahmad said...

kahkahkah terbaik
kelantan mmg tak in dgn scene karok ni

Pisey said...

Tapi nowadays even culture kelantan yang se-simple tu hampir pupus juga. Pesen bincang letak harga pada anak pun tak manis kan umum depan orang ramai sebut harga. Sebut sajalah bergantung kepada budi bicara pihak tuan ke, serahkan pada anak-anak (yang dah memang sedia kenal contohnya) ke, dan lain lain lenggok bahasa. Love this thot of urs (;

klohv said...

Hi Pisey,

Baru je perasan komen ni.

Me myself tak pernah tgk upacara letak harga secara langsung,tapi selalunya memang anak2 dah siap bincang sesama sendiri.Jadi yg tahu detail maybe parents saja,makcik pakcik semua sekadar meramaikan majlis.

Tapi ada juga la perubahan situ sini time bincang tu,biasalah orang tua bila tgk anak2 terlalu nak ringkas...Nampak tak manis pula...Nak serah anak perempuan bukan mudah...