Saturday, January 14, 2012

Scattered

Saya takde personal organizer untuk tahun ni.Tahun lepas pun takde.Tahun-tahun sebelum itu aku tak ingat ada ke takde,tapi banyaknya takde.Ah,time is life y'know.


Nak jahit baju.Guna mesin jahit SINGER.Korang pernah tengok 'Sendaloka bersama Singer'?.Sebuah rancangan berbentuk peraduan,yang menang akan dapat macam-macam barang elektrik.Produk-produk akan di-display melalui conveyor dan peserta dikehendaki menyebut kembali produk tersebut berserta modelnya.


Bercakap tentang rancangan 'games' kanak-kanak,teringat pula 'Di Mana Joe Jambul'.Kawan aku namanya Rozana.Kitorang panggil Rozana Mubin sempena salah seorang watak penjahat dalam rancangan tu.Dari Rozana Mubin,lama-lama menjadi Mubin dan akhirnya Bin saja.Nama batch lah kononnnya tu.Cousin saya masuk jadi peserta,tapi kalah.Saya di Kelantan boleh tengok dia melalui TV2 saja.


Ingat Brick Game? Lately ni saya asyik pecahkan rekod sendiri saja.Bosan.


5 comments:

nasyrun said...

kat rumah aku ada mesin jahit singer hitam sekali dgn meja yang mesin jahitnya boleh dipusing2 dan tahu2 saja TADAAA, meja mesin jahit tu dah transform jadi meja study


pasal brick game, sapa lagi banyak game in one dialah paling power. paling byk pernah aku tgk 99999 in 1

klohv said...

boleh guna lagi tak mesin jahit tu?kat rumah aku ni dulu pon ada versi boleh terbalik mcm tu,jenama raleigh tapi udah punah jahaney.

btw,incek nash-run ada organizer?

nasyrun said...

tak pasti boleh guna ke tak sebab mak aku dah tukar yg cucuk karen

organizer?
seumur hidup tak pernah ada haha
kenapa bertanya

klohv said...

kalau kau ada organizer,mesti aku malu.

nasyrun said...

hahahahha
organizer...macamlah busy sgt life aku