Friday, January 13, 2012

Makhluk Tuhan paling patuh

Saya ada sekurang-kurangnya tiga jenis air tawar sebagai preskripsi harian.

Satu daripada Ustaz Wan,satu lagi daripada Haji L.Yang sudah habis ialah air doa daripada Maksu Nah dan Kak Ana,juga Cikgu Ruhaimi.

Itu belum lagi termasuk air tawar DIY yang terdiri daripada bacaan-bacaan ayat manzil atau Yasin yang saya buat dari masa ke masa.Kadang-kadang guna air zam zam,tapi selalunya air tapis Bio Aura saja.

Oh tidak lupa juga minyak zaitun doa yang sudah  dibacakan 3x30 Juzuk ayat Quran yang diberi oleh kakak saya.


Mungkin saya patut malu dengan makhluk Allah yang bernama air ini setiap kali saya berbuat dosa.Tidak seperti manusia durhaka,air sentiasa taat kepada Pencipta.Ditambah sirap,merahlah ia,di bacakan zikir jadilah doa.


Saya ada banyak cerita,jika tiada di sini mungkin di tempat satu lagi.



2 comments:

nasyrun said...

untuk apa semua air tawar tu

klohv said...

cleansing my soul i guess :-)