Friday, January 27, 2012

nik

1.Sepupu saya baru dapat baby perempuan dan nama bayinya itu sedap.Lepas tu masuklah pula isu tak boleh letak apostrophe macam Sao'dah,'Ilma ataupun Lu'Lu' sebab kakak saya kata komputer takleh detect.

2.Saya dengar JPN tambah satu lagi rule baru iaitu keturunan anak wajib ikut bapa,takleh ikut mak.Makanya akan ada pihak yang terjejas terutama kerabat Nik kerana Nik ini diperturunkan dengan beberapa cara.

3.Menurut kefahaman saya,seseorang anak akan dapat title Nik jika ayahnya memang Nik,yang itu semua orang sudah maklum.Nik Aziz Nik Mat ialah salah seorang Nik yang mashyur.

4.Nik juga ialah dilution kepada keturunan kerabat diraja,contohnya si ibu berketurunan Tengku berkahwin dengan si bapa yang tiada gelaran yang sama,maka anaknya akan membawa title Nik,contohnya Nik Razali Bin Ishak atau Nik Farah binti Saidin.

4.So sekarang JPN dah tak nak bagi title Nik yang diperturunkan melalui nasab diraja si ibu.Bak kata kawan aku,"Alah,JPN ni takde mende lain ke nak urus,bagi jelah diorang letak Nik pong,bukannya jejas keselamate negaro."


5.Saya rindukan kawan baik saya,Nik H. binti Nik A.R.

4 comments:

nasyrun said...

nama aku ada nik, tapi bukan atas sebab-sebab yang tersebut. datuk aku mmg suka2 je bagi nama nenek aku nik, kemudian turun ke bapak aku, dan aku.

klohv said...

hai nik !

nasyrun said...

hai [sila insert nama kamu di sini]

klohv said...

eh jap,aku terkonfius.kira datuk yg bagi Nik dekat nenek ialah ayah nenek lah kan?ke datuk tu ialah suami nenek?

apsal aku keliru ni.