Saturday, January 21, 2012

health freak suam-suam kuku

Masa aku dalam lingkungan awal 20-an,aku sangat particular tentang kesihatan.

Aku sanggup beli madu Khawla,minum teh hijau tanpa gula,telan Vykmin dan ambil Redoxon serta Scott Emulsion perisa oren hampir setiap hari.

Sementelah aku suka baca majalah kewanitaan,aku juga terpengaruh dengan supplement (untuk memutihkan,melembapkan serta menganjalkan kulit) seperti Nur BeautyLine dan Glutawhite sungguhpun ada desas-desus menyatakan sesetengah produk sebegini boleh mendebabkan tubuh.

Aku juga obses dengan produk ubat titis mata yang didakwa boleh mengurangkan power spek.Ubat titis ni pedih tak macam eye-mo biasa.

Tidak lupa cuka epal yang aku beli selepas terbaca artikel tentang kebaikannya melalui The Star secara kebetulan.Katanya baik untuk membuang toksin dalam badan serta 1001 kelebihan lain yang tak tersenaraikan.

Bercakap tentang toksin,aku ada beli pad yang boleh dilekatkan dekat tapak kaki.Menurut keterangan, segala toksin dalam badan kita ditarik ke bawah melalui daya graviti,oleh itu kita boleh bangun pagi dengan happy.

Aku juga membeli produk-produk ridiculous yang lain seperti oxigenated water yang didakwa mengandungi oksigen ekstra berbanding air biasa yang kita hadam tiap-tiap hari tu.

Aku pun tak tahu mana logiknya lebihan oksigen dalam air tu.Katakan air ni terdiri daripada dua molekul hidrogen dan satu oksigen,H2O,maka air yang ada lebih banyak oksigen ni macamana pula strukturnya?

Tapi yang pasti,oksigen tambah ke otak sama dengan cerdik,malah terlebih-lebih cerdik,kan?

Usah perdebatkan.

No comments: