Wednesday, January 4, 2012

Bagaimana saya memulakan 2012

Kepingan demi kepingan 50 ringgit mengalir keluar dengan laju dari purse aku dan ini pembuka cerita untuk tahun baru.

Takpelah,lagipun aku amat perlukan semua benda tu walaupun aku ni kedekut tak bertempat,boros tak beringat.

Aku jadi tawar hati sangat nak terima kain pasang yang mak aku offer sebab aku rasa yang tu tak urgent sangat walaupun dalam hati masih lah terkenang-kenang kain yang dipegang mak aku itu.Kombinasi hitam dan gold,kain pun macam sejuk aje.


Masa pergi Pasar Besar Siti Khadijah,kami jumpa nasi tumpang,mak aku kata sedap jadi kami beli dua.


Nasi tumpang bentuk macam kon,rasa macam nasi himpit.

Intinya udang dan sardin.Sambal ikan bilis tu aku tumis sendiri sebab kuantiti lauk nya itu tak cukup untuk aku yang bernafsu kucing ni.Padanlah harganya pun seriyal setengah saja,jadi takleh ler nak harap lebih-lebih.


5 comments:

nasyrun said...

wahh
nasi tumpang
tahukah mu ado saing aku, ore kelate jugok, tok tau nasik tupe tu gapo

klohv said...

aku dapat merasakan bahawa nasi tupe hok aku beli ini tidaklah authentic mana.

nasyrun said...

agaklah
dan sedikit kecik

Cik Sibuk said...

salam kenal..

hahah..lawak2, 1st time denga orang cakap nafsu kucing..hehehe

saya lom pernah mkn nasi tumpang, pernah nampak tapi tak pernah teringin nak beli..sebab macam kecik bebenau.

klohv said...

Cik Sibuk,

Salam,hehe.

Kat mana CS jumpa nasi tumpang tu?Kecik bebenau yg mmg kecik bebenau ke? Hehe.

Sebab yg sy beli ni saiznya sederhana,cuma lauknya saja yg sadis buat daku nanes :P