Saturday, October 22, 2011

muka tebal tak tahu malu

saya pernah jatuh gedebuk.
dalam longkang.
depan lelaki.
bukan seorang lelaki.
sekumpulan lelaki,kira-kira  lima orang kot.
yang kacak dan kurang kacak.

harap mereka sudah lupakan muka saya.
yang cun nok mapuh ni.

orait.

bukan keaiban diri yang mahu saya dedahkan di sini.
cuma saya mahu kongsi.
bagaimana mahu meneruskan hidup.
kalau berlaku momen-momen memalukan.
dalam hidup awak.
(harap tak berulang).

kalau termalu.
bayangkan awak ni seorang VVIP
atau selebriti
yang punya self-esteem yang tinggi
kalis daripada segala kata2 durjana.

buat selamba macam takde apa-apa.
seperti Jaclyn Victor yang tersadong di pentas,
atau Misha Omar yang tersangkut kainnya ketika show,
atau Dynaz yang terpeleot ketika catwalk,

jadi 

setiap kali menghadapi saat mengaibkan,
bayangkan saja kamu ni Sultan Brunei.

ok?


3 comments:

nasyrun said...

aku juga pernah jatuh tergolek di depan org yg sgt ramai pada satu pagi ramadhan beberapa tahun lampau.

aku buat2 menguap konon2 ngantuk haha

Lady RaRa said...

aku pun pernah

aku buat2 pengsan. sumpah.

klohv said...

nasyrun: malunyaaaaaaaaaaa

lady rara: ko bior benar,pura2 pengsan tu terlampau dramatik pada aku.buat2 menguap tu ok lagi ler.hahaha.