Sunday, October 23, 2011

gila tak mengenal paras rupa

katakan saja saya ini romantik tak bertempat kerana merindui sebuah blog tanpa nama.

ralat kerana tak sempat meluahkan 'cinta' saya kepadanya,sungguhpun dialah peneman saya ketika saya bergundah jiwa.

kerana gilanya saya kepada dia,saya simpan entrinya dalam pendrive saya di samping folder final project  saya yang gampang.

saya tak mahu perkenalkan dia kepada sesiapa,sebab saya cemburu.saya tak mahu sesiapa tahu.biarlah cinta saya ini jadi rahsia lapis ke lapan belas yang di jaga oleh password yang ketat.

menjumpai blog yang benar-benar buat saya rasa selesa,menjadikan saya seorang selfish yang tak mahu berkongsi.

saya juga tak ada jawapan kenapa saya menyukainya.

saya hanya suka.

menengok font pilihannya saja sudah buat saya teruja.

tetapi betapa sedihnya saya apabila tak dapat lagi membacanya kerana ke'sewel' an pemiliknya yang mempunyai mood yang sukar diduga.

ahh,derita seorang silent reader.